Saturday, October 22, 2016

Daler Yusuf @ Cosmopolitan Magazine (October 2016)




Assalamualaikum :)

Fatin update entri ini khas untuk fans Daler Yusuf di luar sana :)

Nah, preview sikit pasal artikel dalam majalah Cosmopolitan ni, kalau nak detail boleh beli kat mana2 kedai buku eh ;)


Pada mulanya, Daler bergiat aktif sebagai model sepenuh masa dan pernah bekerjasama dengan beberapa syarikat dan nama besar di Malaysia seperti Maxis, Blackberry, Rizman Ruzaini dan banyak lagi. Memang dari kecil ingin menjadi model? "Masa kecil, cita2 saya ingin menjadi juruterbang dan cikgu tapi tak sangka bila usia mengajak dewasa, rezeki dalam bidang modelling lebih menyebelahi saya." jelasnya yang mempunyai darah campuran Uzbek (dari Uzbekistan) dan Melayu - memang tak jemu tatap wajahnya yang kacak!

"Terbaru, saya baru sahaja selesai penggambaran iklan. Sebelum ini saya sibuk dengan sebuah drama yang ditayangkan di HyppTV. Saya memegang watak utama sebagai Adam Johanovorg dari Uzbekistan yang datang ke Malaysia semata-mata mencari ibunya. Sukarkah bergelar anak seni? "Saya tak biasa tapi itu bukan penghalang besar. Saya perlu tekun dan berdedikasi dalam bidang seni kerana terdapat banyak pelakon baru yang bukan calang2 hebatnya. Saya akui banyak yang perlu diperbaiki dari segi lakonan," akuinya.

TAK SANGKA DITERIMA RAMAI

"Walaupun baru dalam bidang lakonan dan sudah lima tahun dalam modelling, saya rasa bersyukur kerana diterima peminat dan paling tak sangka saya sudah ada fan club. Momen yang tak dapat dilupakan bila saya hadir ke lunch gathering untuk fan club dan fikir ia dihadiri beberapa ahli sahaja. Sebaik sampai, saya terkejut sebab ramai peminat menanti dengan banner & kek. Memang satu kejutan besar! Tanpa peminat, siapalah saya untk bertahan dalam bidang seni. Saya hargai semua sokongan peminat," ujarnya sambil tersenyum.

*btw, kalau nak tengok entri Daler Surprise Party, boleh usha kat SINI. :)


PERSPEKTIF TENTANG SEKSI

"Memang tak dinafikan kerjaya sebagai model memerlukan saya mendedahkan sedikit bahagian tubuh. Saya akui kadang rasa tak selesa. Definisi seksi tak semestinya mededahkan bahagian tubuh kerana ia menggambarkan aksi murahan. Ada pelbagai cara untuk tampil seksi seperti melalui ekspresi wajah atau reaksi tubuh tanpa perlu buka baju seara berlebihan. Saya ada pengalaman di mana pernah digugurkan daripada kontrak kerana tidak mahu bercumbuan pada adegan terakhir. Saya langsung tak kesalinya kerana sebagai Muslim saya perlu ada jati diri yang teguh,"



Okaylah sampai sini saja Fatin bagi review eh, untuk details korang boleh dapatkan majalah Cosmopolitan as soon as possible! ;) By the way, akan datang Daler akan berlakon dalam sebuah drama dengan seorang pelakon wanita popular, nak tahu siapa, nantikan :)

Entri lain berkaitan Daler Yusuf:

- Siapa Daler Yusuf?
- A wonderful day with Daler Yusuf

Thanks for reading! :D

No comments:

Post a Comment