Monday, October 19, 2015

Kenduri kesyukuran sempena mak bersara




Assalamulaikum :)

Sorry lah kalau tajuk tu skema ke, bahasa melayu A+ plus ke, idok ada idea nak letak tajuk yang sesuai.

Semalam, kitorang buat kenduri kesyukuran dan majlis doa selamat sempena persaraan mak atau dikenali sebagai Cikgu Rosnah hehe.. Idea ni datang dari ayah yang nak celebrate birthday mak sekali, so sweet!


Mak pernah kata, "Mak mana ada sambut birthday masa kecik2 dulu"
Tapi kitorang selalunya akan beli kek untuk mak time birthday or makan kat luar, cuma kali ni celebrate besar-besaran dengan sedara-mara dan kawan2 mak.

Birthday mak 17 Oktober, mak bersara 16 oktober, dah sambut dah kat sekolah.


So, 18 Oktober kita sambut dengan family pulak!


Tema kenduri, kitorang decide merah purple. Sebab kitorang nak guna langsir merah raya jadikan backdrop hehe, kitorang deko sume DIY je, hehe.. Macam frozen-themed birthday party kitorang buat tahun lepas. Boleh usha kat SINI.

Bab2 deko ni, Fatin dengan kakak memang suka giler. Fatin print and buat food label and photobooth props. Tetiba rajin nak buat photobooth pulak kan :) Kakak sediakan barang2 lain, macam cake stand, belon2, dan lain2. Kali ni kitorang order dessert banyak giler. So, Fatin pun print frame khas 'Dessert Corner'. Nak kata candy buffet, idok banyak candy, bape ketul je candy nya..


Main menu:
Nasi tomato, Ayam masak merah, Kurma daging, Dalca, Air sirap oren, Teh tarik

Dessert corner:
Secret recipe brownies walnut
Secret recipe raspberry cheesecake
Carrot cake
Pandan slice cake
Dadih (ni je yang buat sendiri, hehe)
Talam keladi
Seri muka durian
Talam Tokyo (sila refer gambar, Fatin 1st time dengar)
Bubur kacang
Tembikai
Roti jala + kuah durian
Apam polkadot

Puding karamel (Thanks Kak Ita!)
Apam coklat (Thanks kawan mak!)
Puding jagung (Thanks acik odi!)
Kuih Badak berendam (Thanks besan mak!)
Kuih kesui (Thanks jiran!)

Kan dah kata, banyak dessert. Lepas makan, minum air masak satu gelen.
Silakan menikmati gambar2 yang ada hehe ;)

Apam polkadot
Cara berlauk
Kuih kesui & seri muka durian
Talam tokyo & Talam keladi
Pulut kuning serunding as doorgift
Roti jala kaler purple :)
Kuah durian
Puding karamel
Aiskrim pop
Pandan slice cake
Brownies walnut
Raspberry cheese cake


Ni majlis mak, tapi Fatin nak tumpang sekaki, celebrate birthday dengan mak, hehe..


Dekorasi semua kitorang beli sendiri. Cake stand beli IKEA, alas meja mengerlip, frame dan lain2.


By the way, nak promote  sikit light box with letters ni, RM110 include dari instagram Fabulous Fedora.


Korang boleh susun huruf untuk majlis korang, terutamanya official hashtage event korang. Macam kitorang guna 'best mom turns 56' seperti di dalam gambar tapi tertinggal simbol #, idokler...


Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Jemputan 200 orang, tapi yang datang lebih, tapi alhamdulillah, makanan cukup2, ada lebih sikit je. Kakak kata meriah macam kenduri kahwin!

Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir, maaf jika ada kekurangan, jumpa lagi di kenduri akan datang, insya Allah.. Kenduri apa tu eh? Kenduri kahwin Fatin? Idokler tau, jodoh sampai dulu atau ajal yang sampai dulu. Peringatan untuk diri dan semua, kita sibuk cakap pasal jodoh yang tidak pasti wujud atau tak, sampai terlupa tentang kematian yang sememangnya pasti.


Thanks Dila and Aini sudi datang! Sorry kawan2 lain yang tak dijemput, sebab ni majlis mak, kalau majlis Fatin sendiri (kalau ada), insya Allah akan jemput korang semua! :)



Okay, nak siap2 untuk pergi training ni, jumaat baru balik, bye!
Thanks for reading this entry :)

No comments:

Post a Comment