Friday, October 30, 2015

A relaxing day at Bamboo Village Kuala Lumpur





Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, dah selesai training minggu lepas.
Hari selasa lepas, kitorang pergi Hilton KL sempena pelancaran produk baru Cooper Vision.
The next day, followed by training by Bausch & Lomb dan Carl Zeiss.
Yang pasal training tu kalau rajin nanti update hehe ;)
Then, a trip to Bamboo Village! :D


Sebelum gerak, Fatin dah google tempat, ramai jugak yang recommend tempat ni untuk relax dari hiruk pikuk kota raya Kuala Lumpur ini. Bila dah sampai, yup, memang menenangkan sebab memang terletak ceruk dalam hutan sana. Cuma yang tak bestnya, ada construction kat sebelah, kata owner, En Ramadhan, ada resort nak bukak kat situ.


Company tak plan sebarang aktiviti untuk kitorang, memang untuk kami berehat setelah training dua hari. Kiranya aktiviti bebas kat sini. So, ada kawan yang pergi ke Sungai Congkak untuk mandi air terjun. Fatin dan kawan lain tak jadi pergi sebab takde mood lepas tunggu bas lama sangat. Kawan2 lain naik teksi. So kitorang pun berjalan kaki ala2 jungle trekking dari bus stop ke Bamboo Village. Dalam 25 minit jugaklah, menghayati pemandangan yang ada.



Then, makan tengah hari, solat zuhur dan berehat di dalam rumah buluh.
Cakap pasal rumah ada nama2 bagi setiap rumah, ada King Cobra, Bird of Paradise, Frog, etc. Kitorang duduk kat Bird of Paradise (10 orang) and King Cobra (7 orang). Actually King Cobra boleh muat total 13 orang.



King cobra
Bird of paradise
Bilik king cobra










Sebelah malamnya ada BBQ! Ayam bakar, ikan bakar, udang, nasi goreng, jagung bakar, kentang, keledek, coselaw dan buah tembikai. Makan besarrr malam tu hehe :) Orang kuat company pun datang join. Then, ada fire show dari mat saleh kat situ. Gempak jugaklah, tengok jauh sikit takut kayu tu terpelanting tak pasal2, hehe...

Ad style lah! *thumbs up*
Lupa nak bagitahu, kat sini, ada foreigner mat saleh backpacker yang jadi volunteer kat sini, diorang tinggal situ untuk tolong buat kerja2 seperti housekeeping, maintenance, service industry skills, gardening etc. For details boleh tengok kat blog bamboo village. Korang boleh usha blog bamboo village di SINI.

Still under contruction

By the way, kat sini tidur waktu malam sejuk giler macam tidur dalam air cond. Air paip pun sejuk, brrr.. Staf situ beritahu, tu air dari bukit. Boleh minum terus dari paip sinki. Rasa macam air sejuk biasa.

Secara ringkasnya, Bamboo Village sesuai untuk relax, merehatkan mental dan fizikal setelah penat membanting tulang bekerja. Seni bina dari buluh sangat mengagumkan, walaupun iolls tak ambik architecture dan tak reti menghargai setiap inci rekaan yang ada, hehe..



Praying room




Okaylah, sebelum mengakihiri entri ni, nah sharing pasal bamboo. :)

"Bamboo is flexible, bending with the wind but never breaking, capable of adapting to any circumstances. It suggests resiliences meaning that we have ability to bounce back even from the most difficult times."

My colleagues <3
Bye!

No comments:

Post a Comment